Akta OKU telah diluluskan di Parlimen ( Dewan Negara ) pada 24 Disember 2007 dan telah diwartakan pada 24 Januari 2008 dan dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008. Akta OKU ini memberikan pengiktirafan hak OKU dan menukar konsep OKU daripada konsep kebajikan kepada konsep right-based. Akta ini juga membolehkan OKU mempunyai hak penyamaan peluang dan penyertaan penuh dalam masyarakat setara dengan ahli masyarakat yang lain. Akta OKU ini juga memperuntukan perihal berkaitan pendaftaran, perlindungan, pemulihan, pembangunan dan kesejahteraan OKU.
GURU CEMERLANGOKU YANG BERJAYA
APA YANG PERLU ANDA TAHU:
Pendaftaran Orang Kurang Upaya
Pendaftaran dan Kad OKU dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi 14 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
Kemasukan Ke Institusi
Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Orang Kurang Upaya dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
Bantuan Alat Tiruan / Alat SokonganKeputusan permohonan Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
Bantuan Kewangan Elaun Pekerja Cacat (EPC)
Keputusan permohonan Elaun Pekerja Cacat dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
Keputusan permohonan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
Kaunseling dan Psikologi
Keputusan permohonan mendapatkan khidmat kaunseling dan psikologi dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 5 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima. sila klik Jabatan Kebajikan masyarakat
Intervensi Krisis dikendalikan dalam tempoh 24 jam dari masa kes itu diterima.